"" BESOK KEPUTUSAN UPU KELUAR !!! "" ""
Dup Dap ! Dup Dap !
Bunyi jantung !! ""
Nervous sangat ! Perasaan gemuruh, excited, cuak dan poyo bergabung menjadi satu !
Tak salah kalo aku cakap perasaan ni sama kencangnya dengan perasaan nak bersunat, nak amek result SPM, mahu pun nak dengar perkataan 'sah' sewaktu melafazkan nikah !!! ""
Ah !!! Nervous bangat !!
1st of all, ucapkan tahniah pada diri kerana berjaya bertahan dan berjuang sehingga ke tahap ini ""
Sungguh, orang yang sangat hebat kerana bukan semua orang mampu mencapai kejayaan yang kita kecapi sekarang.
"Eh? Belum apa2 dah cakap tahniah? Ko dah kenapa?"
Hehe .. Cuba stop jap, dan usha kehidupan ke belakang ""
Bukan semua orang mampu bertahan di medan asasi, matrikulasi dan STPM macam kita dik. Ramai yang kecundang.
Tapi Allah SWT telah memilih kita untuk mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini. Kalau itu bukan hebat, itu apa?
Okay, seterusnya ... Tarik nafas dulu ... ""
Hah !!! ""
pernah dengar tak apa yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang disayangi;
"Barangsiapa (dalam kalangan hamba-Ku) yang bersyukur, maka Aku akan memberinya lebih ..." ""
Kenapa?
Nak tanya kenapa mesti bersyukur sedangkan keputusan UPU belum tahu pun lagi?
Ha ... bersyukurlah kerana Allah SWT memberikan peluang kepada untuk bersyukur kerana dengan bersyukur itu akan menjadikan
manusia yang lebih bersyukur dengan segala ketentuan Allah SWT ""
Say; "Alhamdulillah"
Sebagai manusia yang normal, sebenarnya perasaan nervous itu ialah perasaan yang biasa.
Apatah lagi kita bakal berhadapan dengan satu keputusan yang memberikan impak besar terhadap kehidupan kita sebagai seorang pemuda yang OSEM !
Ordinary Student Extra-Ordinary Muslim ""
But above all, it is not about the perasaan that is matter, it is about HOW YOU deal with the nervousity that is counted !!!
Ada dalam kalangan kita, dah tau esok result UPU keluar, malam ni sebok berdating, chit-chat dengan bakal zawjah (lah sangat), keluar berjimba-jimbun dengan kawan2 sampai lewat malam, and all other lagha things that you guys can imagine.
Semuanya dengan alasan, "Aku nak lepaskan perasaan nervous yang membunuh ni."
PFFFFFTTTTT !!!
let me tell you something ...
Perasaan nervous ni, siapa yang cipta ek?
" Err ... Allah SWT la yang cipta."
HAHH !!!! PANDAI PUN !!!
Allah SWT takkan buat sesuatu tanpa sebab, tau?
Allah SWT ciptakan perasaan nervous ni supaya kita semakin dekat dengan Dia, semakin kuat kan pergantungan serta tawakal kita kepada Dia, dan supaya kita tahu bahawa hanya Dia dan Dia sahaja penentu segala sesuatu di dalam kehidupan ini.
Ko ingat siapa yang tetapkan keputusan UPU tu?
Manusia? Sistem? Random?
Semuanya bermula daripada Allah SWT !!! ""
"So ... Sekarang ni apa yang perlu saya buat?"
Perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT ""
Mintak maaf dan berkat ibu bapa, guru2, sahabat2. Mintak mereka doakan yang terbaik buat kita, dalam masa yang sama kita doakan yang terbaik buat mereka, khususnya kepada sahabat2 seperjuangan yang bakal mengetahui keputusan UPU sama. Tak lupa juga mendoakan saudara2 kita di Gaza, Mesir, Syria dan di seluruh dunia ""
Buat solat taubat, solat hajat, solat tahajjud, solat Dhuha, Qiammullail. Perbanyakkan istighfar, zikrullah dan membaca al-Quran.
Ingat, dengan mengingat Allah SWT kamu akan menjadi tenang ""
InsyaAllah ~~~ ""
Dan apabila berdoa, biarlah spesifik. Contohnya;
"Ya Allah Ya Wahab Ya Somad Ya Mujib, Engkau kurniakanlah aku keputusan yang terbaik buat keputusan UPU Ku. Jadikanlah aku berjaya melanjutkan ijazah sarjana muda dalam bidang (bidang yang kita betul2 nak) di Universiti (university yang sangat2 kita nak masuk) Ya Allah ...!"
TAWAKAL TAWAKAL TAWAKAL DAN PANJATKAN KEYAKINAN KEPADA ALLAH SWT ""
Jangan takut berdoa, kerana Allah SWT itu Maha Kaya !!! ""
Sekiranya kita mendapat keputusan UPU seperti mana yang dimahukan, maka bersyukurlah ""
Sekiranya kita tidak mendapat keputusan UPU seperti mana yang dimahukan, maka bersyukurlah ""
Kerana Allah SWT punya hikmah, walhal kita pula hamba yang lemah ""
"Boleh jadi kamu suka akan sesuatu perkara, sedangkan ia tidak baik bagi kamu. Boleh jadi kamu benci akan sesuatu perkara, sedangkan ia baik bagi kamu."
Allah SWT lebih mengetahui, ""
InsyaAllah, saya doakan yang
TERBAIK buat keputusan UPU ""
Ameen.""
Bittaufiq Wannajah For UPU "" ""
Kekal Tenang Dan Tawakkaltu 'Alallah Untuk UPU "" ""
P/S : I Love U. ""
Eh? I mean, UPU """"
No comments:
Post a Comment